KAMILIA DAH NEKAD, SHAHRIZAT?


Calon Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim (gambar) tidak kisah dituduh perosak pelan peralihan jawatan pucuk pimpinan pergerakan itu kerana telah nekad untuk bertanding pada pemilihan Mac depan.

Baginya, tidak timbul isu ketidakadilan hanya kerana beliau tidak hadir mesyuarat, memandangkan hasratnya untuk bertanding telah diumumkan sejak awal-awal lagi iaitu pada minggu pertama perwakilan bahagian bersidang.

‘‘Apa yang penting sekarang ini ialah saya sudah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding.

‘‘Walaupun pelan sudah ada, bahagian-bahagian tetap mencalonkan saya dan ini secara tidak langsung menunjukkan ahli di peringkat akar umbi tidak bersetuju dengan pelan yang diputuskan di peringkat kepimpinan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jumaat lalu, Ketua Wanita UMNO Pahang, Datuk Maznah Mazlan menyelar keputusan Kamilia untuk bertanding dan mendakwa beliau sebagai faktor penyebab pelan peralihan itu kucar-kacir.

Hari ini pula, media melaporkan Naib Ketua Wanita UMNO Pahang, Datuk Rosni Zahari bagaimanapun menyanggah kenyataan Maznah itu dengan berkata ia bukannya pandangan sebulat suara Wanita UMNO Pahang memandangkan mesyuarat pergerakan negeri itu hanya diadakan semalam, sehari selepas kenyataan dibuat.

Mengulas kenyataan Maznah itu, Kamilia berpendapat tempoh pemilihan bahagian selama enam minggu memberi peluang yang adil kepada sesiapa sahaja yang berminat bertanding untuk mengumpul pencalonan.

‘‘Saya hanya menawarkan diri. Jika tidak ada pencalonan, tidak berhaklah jadi calon tetapi ahli mencalonkan saya. Ini kehendak ahli dan tak bolehlah diperkecilkan.

‘‘Pada saya, mereka (Exco) rasa tak seronok sebab saya mungkin menang tanpa bertanding,’’ katanya.

Dalam hal ini, Kamilia berharap Wanita dapat berfikiran positif dengan kembali kepada objektif pelan peralihan jawatan iaitu untuk mengelak perpecahan dan ia boleh dicapai tanpa pertandingan.

Beliau turut berharap pengalamannya sebagai Exco paling lama dalam pergerakan itu dan perjuangannya untuk mempertahankan Islam dapat dijadikan kayu ukur bagi menilai sumbangan yang dapat diberikannya kepada Wanita UMNO.

Sumber : Utusan Malaysia

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.