BAYAR WANG, TAK PERLU QADA' SOLAT?


'Institusi' ajaran sesat kini nampaknya bukan sekadar dijadikan 'alat' untuk menyelewengkan agama, malah turut dijadikan tempat untuk mengaut keuntungan mudah demi kepentingan peribadi.

Terbaru, Kosmo! Ahad difahamkan sebuah kumpulan ajaran sesat di sini dikatakan turut memanipulasi gerakan itu dengan menarik ahlinya menjalankan perniagaan jualan langsung pelbagai peringkat (MLM).

Konsep ajaran sesat kumpulan itu unik kerana ketua mereka yang dikenali sebagai 'Guru MLM' memperdayakan pengikut-pengikutnya dengan menyatakan perniagaan yang dijalankan mereka mampu menggantikan solat lima waktu.

Perkara itu didedahkan seorang pengikut kumpulan 'Ajaran MLM' itu yang hanya mahu dikenali sebagai Norah dengan menyatakan pengikutnya yang berjaya mencari lebih ramai ahli boleh menggantikan bilangan solat yang dilakukan.

"Ini bermaksud, jika kita dapat cari lebih ramai ahli di bawah kita, ia dapat menggantikan bilangan solat yang perlu dibuat.

"Itu sebab ramai pengikut digalakkan cari ahli sebanyak mungkin dan setiap ahli perlu membayar RM2,000 kepada 'pentilawah' (ketua pengajar) dalam kelas untuk langsaikan solat mereka," dedah Norah sambil memberitahu solat yang tulen hanya diisytiharkan di 'negara jelmaan' mereka di Maahad al-Zaiton di Indonesia.

Jelas Norah, jika ahli tidak mencari ahli baru untuk memantapkan rangkaian, dia dikategorikan sebagai golongan yang berdosa besar dan mendapat bala.

Dakwanya, 'Ajaran MLM' itu yang diikuti sejak beberapa tahun lalu itu saling tidak tumpah dengan Ajaran Pemuda Al-Khafi yang telah difatwakan haram oleh kerajaan.

Norah yang terjerumus ke kancah ajaran sesat itu disebabkan pujuk rayu rakan baiknya menyatakan, ajaran itu sangat taksub dengan wang kerana setiap kelas agama dan apa jua aktiviti yang dianjurkan yang diikuti perlu dibayar sejumlah wang.

"'Pentilawah' tanya saya berapa banyak dosa saya, saya jawab, banyaklah dan setelah dihitung, jumlah wang yang perlu dibayar adalah RM28,800 tapi saya diberi diskaun sehingga RM2,000 saja," ceritanya.

Norah berkata, prinsip yang diamalkan oleh ajaran ini kononnya didorong dengan amalan Nabi yang didakwa memulakan sebarang bicara atau ceramah dengan membayar 'infak' (bayaran pendahuluan) terlebih dulu.

Bayaran sebanyak RM2,000 juga perlu dibuat oleh setiap ahli sekiranya 'pentilawah' meminta mereka memulakan bacaan surah al-Fatihah sebagai pembuka kelas usrah.

"Banyak lagilah sebenarnya... kelas Irsyad, kelas Aqabah semuanya kena bayar, nak pergi tunaikan solat tulen di Maahad Al-Zaiton yang entah bila itu pun perlu bayar RM3,600.

"Bayangkan penganut hampir puluhan ribu orang di seluruh negara, 'Guru MLM' boleh kaut keuntungan atas angin daripada ahli setiap kali perjumpaan," ujar Norah.

Tambahnya, tiada istilah pertubuhan itu berkubur kerana ia masih bergerak aktif dengan taktik yang begitu sukar untuk dihidu oleh pihak berkuasa.

Katanya, setiap kelas yang diikuti hanya terdapat seorang pelajar dan mempunyai seorang 'pentilawah' di samping 'pendamping' yang akan mencatatkan butiran ceramah untuk pelajarnya.

"Mereka bersepah dan nomad. Setiap kawasan yang dipanggil 'DP' ada 'pentilawah' sendiri dan dipercayai mempunyai ratusan DP termasuk di Sabah dan Sarawak," katanya.

Dalam pada itu, Norah turut mendedahkan, ajaran itu menyimpan cita-cita yang sangat besar iaitu membina sebuah kerajaan Islam yang sahih yang dikenali sebagai Mahad Al-Zaiton di Indonesia yang disasarkan siap pada tahun 2015.



Sumber : Kosmo

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Salam,

    Saya sukar mempercayai wujudnya hal tersebut. Bagaimanapun, jika boleh, elok juga dijalankan penyelidikan tentang hal berikut:

    a) Di negeri mana wujudnya fenomena terebut?
    b) Ia banyak terdapat di kawasan bandar atau di kawasan kampung?
    c) Siapa yang banyak menjadi pengikutnya: orang kampung biasa, golongan profesional dan terpelajar atau "orang jahil"?
    d) Adakah melibatkan pendatang asing (khasnya Indon) atau orang Malaysia?

    ReplyDelete
  2. selain ajaran sesat... tersebut dan macam macam lagi...satu lagi ajaran sesat...lagi nyata sesat...dan susah nak buang ialah...disko disko,, pub pub..rumah urut tak tentu hala...sebab dalam tu....ajaran nya lelaki dan perempuan bercampur. arak memang nyata...perlakuan sumbang tentu ada...pil estacy pun ada...segala jenis pijat, nyamuk, kutu...jembalang jenis manusia ada...lagi nyata dan bersuluh...yang hadir pelbagai bangsa...tapi yang aku kisahkan melayu yang ic nya ada nama dan anutan nya islam....yang bukan islam tak lah ku kesah kan...tapi kalau usaha dakwah di buat di situ boleh jugak...


    yang ajaran sesat jual agama mcm2 sekarang... nak buat cam mana ....

    tapi sesat pun ada jugak dalam jual beli...riba berleluasa tu pun sesat jugak. cam mana...

    kenaikan barang berlebihan hingga menekan masyarakat ....untung berlipat ganda itu juga di kira satu bentuk riba juga....sesat juga rasanya

    sebab jadi begini kerana masyarakat kini mcm golongan jahiliah zaman nabi...mereka ada ilmu...dan bukan tak tau bezakan tapi di sebabkan hawa nafsu....so kebatilan menutup kebenaran.
    aku pernah lihat sendiri bulan ramadhan muka melayu dan dukong anak masuk kedai nombor ekor...bukan tak tau judi haram...tapi yang jahil nih ...bulan posa...mereka berposa...tapi hati tetap ke kedai judi.... so nak kata apa...jawaban nya mata terang... tapi mata hati dah zulmat hitam. bila mcm tu ibarat hari jumaat ke masjid duit di sedekah kan dalam tabung...selepas keluar msjid ...ada peluang rasuah dia akan sambut....ha itulah keadaan nya.

    so yang tak sesat mungkin mereka yang ALLAH telah tidorkan akal waras mereka buat sementara ...atau ALLAH hentikan seketika fungsi pancaindera mereka
    jadi buta, pekak dan bisu...

    kerana apa....nak menunjuk pada yang sempurna akal dan lengkap pancaindera menilai kembali diri nya...

    so berbalik pada yang terjebak dalam kumpulan tersebut... kerana apa kerana mereka ini tak menilai diri mereka dengan golongan akal yang tiada dan pancaindera yg mati...kerana apa....kerana mereka tersebut lebih rendah kedudukan nya dari golongan yang telah hilang sementara sifat sempurna manusia.... jadi mereka yang hilang akaldan pancaindera...hikmah nya ALLAH memberi kenikmatan hidup yang istimewa...

    so sesat lah yang celik dan berakal dalam dunia sangka sangkaan mereka....dan terjerit jerit la mereka bila berhadapan dengan ALLAH di alam sana.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.