NORMAN & MEMEY DISYAKI KHALWAT?


Pelakon siri Gerak Khas, Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, telah ditangkap khalwat bersama pelakon baru, Memey atau Suhaiza Suhaimi, 20, di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, Ampang, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Hidayat B. Abd. Rani, berkata pelakon lelaki dan pasangannya itu ditahan pada jam 3 pagi oleh 5 anggota penguatkuasa JAIS dan 2 anggota polis.

"Pihak kami telah mendapat aduan daripada orang ramai sebelum membuat serbuan ke atas premis tersebut. Pada mulanya mereka enggan membuka pintu sehingga berjaya mendapatkan kunci daripada seseorang.

"Apabila masuk kedalam ruang pejabat itu, kami telah bertemu dengan wanita itu manakala Norman sedang menyorok di bahagian belakang. Ketika itu kedua-dua mereka berpakaian lengkap.

"Mereka berdua didakwa di bawah Syeksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 atas tuduhan berkhalwat," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi sebentar tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superitendan Amiruddin Jamaluddin dilaporkan sebagai berkata, serbuan tersebut dilakukan setelah JAIS mendapat maklumat bahawa kedua mereka berada dalam keadaan meragukan dalam premis tersebut.

"Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Melawati untuk siasatan lanjut," katanya.

Norman adalah suami pelakon Abby Abadi dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim. Mereka bernikah pada 8 Januari 2002 dan pernah berpisah buat seketika pada Mei 2006.

Baru-baru ini, Norman dilaporkan tidak pulang ke rumahnya pada Ramadan lalu tetapi menafikan rumah tangga dengan Abby sedang bergolak kencang.

Dalam pada itu, Memey pula pernah menafikan kepada murai.com.my bahawa dia mempunyai hubungan intim dengan Norman. Memey yang juga anak saudara pelakon Darling Ngasri, pernah membintangi drama Graduan, Elit, Pasrah, Dunia Baru 3, Roda-Roda KL serta Tragedi Oktober.

NUR AFLAH : Sekadar ingatan buat diri sendiri, lelaki yang sudah beristeri dan wanita yang berhajat memiliki 'suami' orang di luar sana. Bayangkan perasaan isteri dan anak-anak bila mendapat tahu bapa mereka berperangai sedemikian.

Sumber : Murai.com

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. salam,

    kena tangkap kat permis ukay perdana????? ...kan rumah norman hakim pun kat ukay perdana .....hmmmm ..... sure hancur hati seorang isteri dan malu kat anak-anak .........

    ReplyDelete
  2. Salam..

    tak berapa suka dengan berita cam ni..tapi hakikat per..

    p/s: kalau nak buat..buat ler dengan cara yang betul agar tiada siapa yang terluka.

    ReplyDelete
  3. Zaman sekarang yang serba canggih ini memang memudahkan hubungan intim berlaku antara lelaki dan perempuan.
    Tetapi hubungan yang terlarang ini dapat dielakkan jika berkahwin empat itu dapat dipermudahkan dan isteri kena terima hakikat yang seorang lelaki bukan hak milik seorang wanita.
    Kalau tidak akan jadi macam bekas Menteri Kesihatan dulu tu lah. Orang masih undi dia juga.

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Yang baik jadi ikutan, yang buruk jadi sempadan.
    Yang indah sama memandang, yang jelek saling menjauh.
    Yang suka sama ketawa, yang duka masam mencuka!
    yang.... ape lagi yee...
    oh ye, PILIHLAH YANG HALAL!

    ReplyDelete
  5. ditangkap khalwat
    BUAT TAJUK DRAMA BARU
    TUHANPUN TAHU.

    SAYA UDAH KATA
    IKUT SUNNAH YANG MANA.
    SUNNAH NABI SAW LAIN
    (KAHWIN BUKAN IKUT NAFSU )

    INI SUNNAH MANA AMBIL
    (SUNNAH IKUT NAFSU)
    LANTAK KAU ORANG -USTAZ MATA KERANJANG KOT.TIDAK HABIS BELAJAR TOK GURU UDAH MATI.

    Tetapi hubungan yang terlarang ini dapat dielakkan jika berkahwin empat itu dapat dipermudahkan dan isteri kena terima hakikat yang seorang lelaki bukan hak milik seorang wanita.

    INI BUKAN DAPAT PAYUNG EMAS.
    CARI BALA
    TAK KAN NAK HARI-HARI PERKENA TONGKAT ALI.NAFSU TU KUAT KER.
    KALAU DAPAT GANTUNG 10BIJI KELAPA SAYA TABIK............

    LETIH,,,LETIH.

    ReplyDelete
  6. naik lif ada sorang lelaki ada sorang perempuan apa ya... knapa tak tangkap.. dalam pejabat ada bos ada sekretari ... terang benderang ....khalwat ker... dlm kete bini orang atau anak dara atau drebar teksi lelaki bawa nyonya tua dok depan atau dok blakang khalwat ke. doktor dgn nurse dalam bilik atau ruang terbuka takder orang khaLWAT KER.
    so apa nih khalwat khalwat nih

    lantak pi lar depa ada urusan...

    kahwin 4 nak cari betina buat bini ramai tapi nak cari muslimah zaman sekarang susah...tengok lar kat luar tu ...atau d ofis bini orang dgn laki orang gurau senda mcm jalang dgn jantan gelak galak...kdang sampai bertepok ada cakap bau lucah pun ada ...dlm quran ada kata jgn kamu hampiri zina bukan kamu berzina ... makna nya cegah dulu... tapi zaman sekarang ok jer... mula gurau lepas tu gagau lah....aku kalau tengok budaya sekarang hmmm pompuan m hmmm pegi ler tengok kat bangsar depan mata aku mat negro usung betina m...kalau muslimah lain lar takkan biarkan... kesian lelaki yang dapat betina sosial dah di gonggong jantan kapir ...last last dapat lah kat mat melayu sisa sisa orang... tapi kalau muslimin akan dapat muslimah baru lah zuriat terpelihara .... nak jimak pun doa...ini kalau jantan n betina projek dalam semak ...anjing tengok pun malu...

    so bab khalwat kalau ikut artikal nih aku tak nak komen ...tak nampak..tapi kalau baca isu masaalah sosial org melayu ...dadah,bohsia,hidu gam, dadah rempit khalwat kat tasik, jadi gro hmmmm letih ....sbab tu anak gampang bnyak ...sampai di campak merata2.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.