Seorang lelaki yang berlagak ‘macho’ dengan membawa dua wanita yang disangkanya janda untuk menemaninya memancing di Empangan Durian Tunggal, Machap Umboo, Alor Gajah, menerima padah apabila dibelasah enam lelaki termasuk dua suami kepada wanita terbabit, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, dua suami wanita berkenaan dipercayai berpakat dengan empat rakan mereka untuk membelasah mangsa sebaik dia menghantar dua wanita terbabit di rumahnya di Nyalas, Jasin, dekat sini.
Difahamkan, kedua-dua wanita yang mengaku janda berusia 37 serta 40 tahun itu menyewa bersama dan masih dalam proses untuk bercerai dengan suami masing-masing.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam, ketika dihubungi, berkata hasil siasatan awal, mangsa yang berusia 27 tahun membawa dua wanita itu menemaninya memancing selepas mereka memberitahunya sudah bercerai dengan suami masing-masing.
Menurutnya, selepas habis memancing, mangsa menghantar dua wanita terbabit ke rumah mereka di Nyalas. Sebelum itu, mangsa dan dua wanita berkenaan singgah minum di sebuah medan selera. Sebaik sampai di rumah, mangsa terkejut apabila mendapati suami dua wanita terbabit bersama empat lelaki lain berada di rumah berkenaan dan menunggu kepulangan mereka.
“Suami kedua-dua wanita terbabit dipercayai berang selepas melihat isteri mereka bersama lelaki lain lalu terjadi pertengkaran antara mereka dengan mangsa.
“Mereka kemudian bertindak membelasah mangsa hingga menyebabkan mangsa cedera dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.
Che Suza berkata, semua mereka turut menggunakan tong sampah sebagai senjata untuk memukul mangsa.
Katanya, mangsa cuba mempertahankan diri, namun gagal disebabkan penyerangnya ramai.
Nur Aflah : Macam-macam hal.
Sumber : Metro
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
- Blogger Comment
- Facebook Comment
4 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
sampai 2 orang dia nak sebat susahlah..betul punya rakus brader tu..haha
ReplyDeletehendakkan macho tapi dapat benjol
ReplyDeleteNIAT HENDAK KAWIN 4 LAK
ReplyDeleteTIDK MENJADI LAIN KALI JUMPA BOMOH DULU.BOMOH PUN TEMBERANG HENDAK JUGA TAK LE NAK MAKAN SORANG.WARNA NAFSU INI KALAU IKUT AURA WARNA NYA BIRU.
BILA OTAK DAH NAIK BIRU.
HILANG LAH IMAN DIDADA,IMAN INI BOLEH DISANGKUT -SANGKUT MACAM KAIN BAJU.SEKEJAP PAKAI.SEKEJAP BUANG.SEBAB ITU ORANG LEPAS SEMBAHYANG PUN BOLEH BUAT MAKSIAT.KALAU KITA DUDUK DENGAN ZIKIR KITA MENJADI MANUSIA BERIMAN.KALAU KITA DUDUK DGN PEREMPUAN ITU KITA AKAN BUAT MAKSIAT.
KALAU KITA HENDAK PILIH SYURGA JAUHKAN DIRI DRP MAKSIAT.
KALAU MATI DIATAS PERUT MACAM MANA.TUNGGULAH AKU DIPINTU NERAKA.
APA KITA HENDAK BUAT DENGAN NAFSU INI.....
NAFSU CINTA SEDANG GELORA.
YANG MAMPU KAWIN 2,3DAN 4,SIAPA DAPAT JADI PLAYBOY.YANG TIDAK DAPAT JADI ROMEO...LEPAS TU MINUM RACUN.SEHIDUP SEMATI.
ORANG MACm ini bernafsu mcam kuda.kuda kepang.Biasa nya kuda kepang ini suka mabok,hilang ingatan kerana memuja,gigit sabut tanda berahi.orang yang kawin 4 ini sama dengan kuda tadi.
kahwin kerana nafsu.
pahlawan kuda kepang.
Saya rasa 10biji buah kelapa boleh digantung.
Inilah sebenarnya nafsu jika tidak dikawal.
BUAT METER KAWAL NAFSU.
CARI NAFSU YANG BAIK ,TINGKATKAN NAFSU YANG MULIA.NAFSU TERBAIK ITU APA??????
CARI....TIDAK SETARAF DENGAN NABI
cari yang terbaik........
hi hi hi jantan tongkang pecah elok lah tu .... pi cari terowong karak ... buat aper... takder taste langsung... kena belasah sendiri tanggung lar... nasib baik tak di benam di jerangkung tasik...hi bodoh,,,, dah pergi usung terowong orang buat aper...sendiri mau paham.
ReplyDelete