15 RIBU MUSLIM PAKISTAN HILANG TEMPAT TINGGAL


Gempa bumi 6.4 skala ritcher yang melanda Lembah Ziarat, Pakistan setakat ini telah mengorbankan 215 orang dan lebih 15,000 lagi mangsa telah hilang tempat tinggal.

Setakat ini kerajaan Pakistan masih lagi belum memohon bantuan antarabangsa secara rasmi.

Bagaimanapun, mangsa gempa bumi tersebut mula mempersoalkan kelewatan bantuan daripada pihak kerajaan.

“Kami tidak mampu bertahan lagi cuaca sejuk, terutama kanak-kanak” kata Moosa Kalem, salah seorang mangsa di sana.

Menurut agensi berita AFP di Wam, salah sebuah kampung yang paling teruk terjejas, bantuan kecemasan masih belum tiba di sana sejak pagi Khamis lalu dan penduduk kampung hanya bermalam dalam khemah-khemah yang dibuat sendiri.

Kebanyakan penduduk sibuk mencari ahli keluarga mereka yang terkorban untuk dikebumikan.

“Keadaan di sini begitu gawat. Penduduk tidak ada makanan dan minuman." kata Dilawar Kakar, pegawai daerah di Ziarat.

Sementara itu di kota Islamabad, Farooq Ahmad Khan, pengerusi National Disaster Management Authority, berkata Pakistan tidak mengeluar permohonan rasmi untuk mendapatkan bantuan luar tetapi sebarang bantuan amat dialu-alukan.

Sumber : Al-Jazeera


Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.