DR. MASITAH NAK BERTANDING DALAM WANITA UMNO | Malaysiakini
Sewaktu ditemuramah oleh Agenda Daily, Dr. Masitah Ibrahim yang kini bergelar Timbalan Menteri di JPM telah menyatakan hasratnya untuk bertanding dalam perebutan jawatan pergerakan wanita UMNO.
Tanpa menyebut nama jawatan yang ingin ditandinginya, Dr. Masitah dipetik sebagai berkata :
“Biarlah Wanita tentukan dimana dirasakan sesuai saya untuk berkhidmat. Biarlah Wanita melihat di mana kesesuaian di mana saya boleh menyumbang.”
Untuk membaca berita penuh ini, sila klik di sini.
----------------------------------------------------------------------------------
Secara peribadi, saya rasakan Dr. Masitah tidak sukar untuk mendapat undi dari Wanita UMNO kerana sebelum ini, beliau begitu lantang menentang dasar-dasar yang diperkenalkan oleh PAS.
Rakyat di negara ini tentunya tidak lupa bagaimana Dr. Masyitah membidas hukum hudud, hukum zakat, hukum solat dan banyak lagi isu-isu lain yang berkaitan dengan Islam sehingga mengundang pelbagai kontroversi di kalangan umat Islam di negara ini.
Seorang rakan saya yang menelefon saya tadi berkata :
“Memang patut pun Dr. Masitah bertanding dalam Wanita UMNO kerana itu akan memendekkan lagi jangka hayat parti UMNO dan memudahkan parti PAS menguasai pemerintahan di negara ini.”
Apapun, kita tunggu keputusan ahli-ahli Wanita UMNO kerana sekarang ini, suara Wanita UMNO langsung tak kedengaran di mana-mana media.
WANITA UMNO TELAH SEPAKAT MEMBENARKAN DR MASHITAH BERTANDING DALAM PERTANDINGAN RATU PORN ATAUPUN PERTANDINGAN MAKEUP MACAM JEMBALANG !
ReplyDelete